Tiada siapa ingin merasa sakit, ternyata Sihat adalah harta paling bernilai. Setiap kali abang berkongsi kesedaran Takaful terutama tentang pentingnya setiap individu miliki Medikal Kad sendiri setiap itulah abang berbangga miliki Medikal Kad sejak tahun 2006 lagi , betul harga paling mahal bukanlah bayaran bulanan Medikal Kad tetapi KESEDARAN untuk miliki Medikal Kad.
Setelah 14Thn miliki Medikal Kad tidak sekali pun terlintas abang ingin warded di Hospital Swasta , tapi tarikh 29April 2020 memang terpahat atas Medikal Kad yang dah berusia 14 tahun kerana pertama kali digunakan.
Bermula Episod Sakit Perut
Seawal pagi selepas sahur perut rasa sakit dan meragam, pada awalnya disangkakan perut masuk angin atau gastrik kerana sakit di ulu hati, lalu pada jam 2 petang abang ke Klinik berdekatan untuk dapat rawatan gastrik. Doktor klinik sahkan ia adalah gastrik dan memberi ubat serta ‘Injection’ nampak gayanya tak puasalah abang pada hari itu kerana perlu makan ubat.
Namun sakit tidak berkurangan malah makin sakit dan perut terasa ‘cramp’ pada jam 7mlm. Abang minta bantuan adik abang untuk menghantar ke Hospital Columbia Asia Puchong . Setiba disana Doktor bertugas membuat pemeriksaan dan merujuk abang kepada Doktor Pakar Bedah selepas buat Swab Test untuk pemeriksaan Covid-19 .
(SMS yang dinanti-nantikan oleh setiap Perunding Takaful)
Selepas itu abang jalani X-Ray dan MRI, Doktor mengesahkan Appendiks abang telah bengkak dan ternaik sampai Hati. Menurut Doktor ia adalah kes luarbiasa jika Appendiks ternaik ke atas .
Jam 1.00 abang mula dibedah dan berakhir dlm 2.50 pagi….
Abang sedar dari bius jam 5pagi abang terkejut ada awek awek cantik pegang lengan abang d sebelah dari suara dan bahasa org Sabah….knapa la org Sabah juga yg rawat dan teman abang ni pun tak tahulah…maybe jodoh nnt dgn org di Sabah juga kot
Sekian kisah awek Sabah
Nasihat abang –
1) Kalau sakit sgt jgn jadi hero tahan sakit sbb x tau apa dlm badan
2) Jangan bertangguh pergi hospital segera
3) Pastikan ada medikal kad supaya x bazir duit simpanan
4) Medikal kad pastikan dah lebih tempoh waiting period dan Inforce
4) Call abang utk dpt Medikal Kad (hehehehehe)
Ini adalah cara-cara anda ingin warded ke Hospital menggunakan Medikal Kad :
Call Hospital jika Hospital ada kekosongan ; Kalau tak call pun boleh cuma tak mahu la nanti Hospital penuh, ini biasa berlaku pada musim wabak atau musim demam denggi. Anda boleh juga mohon perkhidmatan Ambulans tapi semak dulu untuk kes apa Medikal Kad anda memberi Perkhidmatan Ambulans, Biasanya kes kemalangan baru Insurans/Takaful beri ‘cover’ servis Ambulans. Kes Kemalangan ini termasuklah kes jatuh.
Maklumkan ke Admission anda alami sakit apa dan miliki Medikal Kad, Pihak Admission Hospital akan sediakan permohonan GL dan antara soalan mereka :
Medikal Kad Syarikat atau Personal
Medikal Kad Syarikat mana
Berapa lama dah usia Medikal Kad (nak cek waiting period latew)
Ada sebarang elergik dan soalan sejarah kesihatan lain (jgn bercanggah dgn kenyataan semasa mohon medikal kad dulu yea)
(Bill hospital lebih RM20,000)
Hospital absorb bill Swab Test , so abang discaj tanpa buat sebarang bayaran …