fbpx

PROGRAM PELAN PERLINDUNGAN PERUBATAN

Pada 18 Ogos 2021 GREAT EASTERN LIFE (GELM) telah mengumumkan satu berita baik, keesokannya pula GREAT EASTERN TAKAFUL (GETB) turut sama mengumumkan berita baik yang sama.

Apakah berita baik tersebut…?
Seperti ramai yang sedia maklum bahawa Covid-19 adalah sejenis penyakit yang berjangkit, dan menurut kesemua polisi Insurans dan Sijil Takaful di Malaysia, sebarang penyakit berjangkit yang di yang memerlukan kuarantin disisi undang-undang adalah termasuk dalam PENGECUALIAN / EXCLUSION .
 
Topik hangat ini menjadi perbualan ramai terutama perbincangan dalam industri Insuran dan Takaful sendiri. 
 
Pada Julai 2021 lebih 100 Hospital Swasta menawarkan diri untuk membantu pihak Kerajaan memberi rawatan kepada pesakit Covid-19 ini kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghadapi cabaran dari segi kekurangan fasiliti dan tenaga kerja.
 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/836027/112-hospital-swasta-setuju-rawat-pesakit-covid-19
 
 
Walaupun pihak KKM meluluskan bantuan Hospital Swasta memberi rawatan kepada pesakit COVID-19, perkara utama adalah Kos Rawatan COVID-19 adalah amat tinggi, dan dianggarkan ia mencecah lebih RM120,000 untuk pesakit COVID-19 stage 5
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/24/kos-rawatan-hospital-swasta-memang-mahal-kata-aphm/
 
 
Segala bill rawatan di Hospital Swasta untuk pesakit COVID-19 adalah atas biaya sendiri. Ia turut menjadi perbahasan utama dalam pembiayaan kos rawatan COVID-19 ini.
 
 
 
Atas dasar inilah beberapa Syarikat Insurans dan Takaful telah membuat keputusan dengan mengumumkan BERITA BAIK  iaitu memberi pengecualian atas PENGECUALIAN/EXCLUSION yang sedia ada.
 
GREAT EASTERN LIFE dan GREAT EASTERN TAKAFUL juga sebagai salah satu syarikat Insurans dan Takaful besar Asia turut sama membuat pengumuman iaitu dengan melancarkan ‘ PROGRAM PELAN PERLINDUNGAN PERUBATAN COVID-19
 
Didalam Program ini GREAT EASTERN telah menambah RM20 juta ke dana program ini. Dana Program ini adalah dana GOODWILL atau dana Muhibah ini adalah suntikan dari GREAT EASTERN sendiri tanpa mengganggu wang Insurans pelanggan GELM dan dana Tabaruq Takaful Pelanggan GETB.
 
 

 

 

HEBATKAN ……. 

 
Walau pun begitu Great Eastern Life (GELM) dan Great Eastern Takaful (GETB) masing-masing memberi jaminan yang berbeza-beza terhadap program ini.
 

PROGRAM PELAN PERLINDUNGAN PERUBATAN COVID-19’ adalah kesinambungan dari program awal iaitu ‘ PROGRAM PERLINDUNGAN COVID-19 UNTUK PELAN RAWATAN’ yang dilanjutkan oleh GREAT EASTERN pada  Mac2021. Berikutan pelancaran Program baru ini ia membatalkan atau ‘overwrite’ program lama dan Program baru ini digunapakai.

Jika dilihat dari Program GETB ini dapat disimpulkan bahawa peruntukan peruntukan RM1.5 Juta GETB adalah termasuk dalam RM20Juta dari GELM, dan bergantung dengan baki peruntukan RM20juta.
 
GETB tidak memberi jaminan seperti GELM memberi jaminan banyak perkara kepada pelanggan mereka, disini dapat dilihat kekurangan ini akan memberi kesan reputasi kepada GETB sedangkan dana yang diberikan adalah dana Goodwill / Muhibah yang tidak mengurangkan tabungan Tabaruq.
 
Jika sebelum ini GETB kerap berkongsi manfaat yang sama dengan GELM , namun ia berbeza pula kali ini. Apapun kita doakan ada perkabaran yang lebih baik untuk ini, walau pun kita memang sedia maklum bahawa tidak ramai akan menggunakan manfaat dari Program ini kerana ia berfungsi secara BAYAR DAN TUNTUT  (PAY AND CLAIM) . Tidak ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk mendahulukan wang Deposit sebanyak RM10,000 – RM20,000 dan kemudian ditambah dengan kos rawatan sekitar RM70,000 untuk stage 3 (bergantung komplikasi).
 
Namun begitu Program ini menunjukkan bahawa Syarikat Insurans dan Takaful berusaha untuk meringankan beban pihak KKM dan pelanggan dalam kapasiti yang sepatutnya tanpa membebankan Majoriti pelanggan yang lain.
 
Saya memuji tindakan semua syarikat Insurans dan Takaful yang sanggup membuat dasar seperti ini demi sikap Muhibah (Goodwill).
Saya menyarankan semua orang agar segera dapatkan pelan Medikal Kad, sila hubungi ejen Insurans dan Perunding Takaful anda.

 

Klik gambar dibawah untuk dapatkan Quotation :

More from my site