Memberi maklumat berkenaan keperluan visa untuk negara asing di seluruh dunia.
Memberi maklumat berkenaan keperluan inokulasi untuk negara asing di seluruh dunia.
Memberi maklumat berkenaan ramalan cuaca dan suhu negara asing di seluruh dunia.
Memberi maklumat berkenaan kadar tukaran mata wang asing utama berbanding Ringgit Malaysia.
Membantu Orang yang Dilindungi dengan memberi khidmat penterjemahan melalui telefon oleh Pusat Kecemasan Supreme Assist.
Memberi nama, alamat dan nombor telefon dan, jika berkenaan dan jika diminta, waktu bekerja peguam dan pengamal undang-undang di seluruh dunia.
Memberi nama, nombor telefon dan, jika boleh dan diminta, waktu bekerja konsulat dan kedutaan berkenaan yang terdekat di seluruh dunia.
Membantu Orang yang Dilindungi yang kehilangan bagasi semasa melancong di luar Malaysia dengan merujuk Orang yang Dilindungi kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Membantu Orang yang Dilindungi yang kehilangan pasport semasa melancong di luar Malaysia dengan merujuk Orang yang Dilindungi kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Sekiranya berlaku kecemasan atau kemasukan hospital, Supreme Assist akan memastikan keluarga terdekat Orang yang Dilindungi dimaklumkan.
Supreme Assist akan mengatur keperluan nasihat perubatan melalui telefon kepada Orang yang Dilindungi.
Supreme Assist akan memberi maklumat tentang pakar perubatan, hospital, klinik, doktor gigi dan klinik pergigian di seluruh dunia kepada Orang yang Dilindungi.
Supreme Assist akan membantu Orang yang Dilindungi dalam pengaturan temu janji dengan pengamal am atau doktor pakar, jika perlu dari segi perubatan.
Jika keadaan perubatan Orang yang Dilindungi memerlukan kemasukan hospital, Supreme Assist akan membantu Orang yang Dilindungi dengan mengaturkan kebenaran masuk hospital.
Supreme Assist akan mengatur penginapan di hotel untuk saudara-mara atau rakan Orang yang Dilindungi yang melawat Orang yang Dilindungi yang dimasukkan ke hospital di luar Malaysia.
Supreme Assist akan mengatur dan membayar perbelanjaan terlibat yang perlu dan tidak dapat dielakkan semasa menghantar Orang yang Dilindungi ke Malaysia berikutan pemindahan perubatan kecemasan untuk rawatan pesakit dalam seterusnya di luar
Supreme Assist boleh memutuskan cara atau kaedah mana untuk penghantaran balik sedemikian akan dilakukan dengan semua fakta tafsiran dan keadaan yang diketahui oleh Supreme Assist pada masa yang relevan.
Supreme Assist akan mengatur dan membayar semua perbelanjaan terlibat yang munasabah dan tidak dapat dielakkan semasa menghantar mayat Orang yang Dilindungi hanya dari tempat kematian ke Malaysia atau kos pengebumian tempatan di tempat kematian seperti yang diluluskan oleh Supreme Assist.
Supreme Assist akan mengatur dan membayar satu tambang kapal terbang pulang kelas ekonomi untuk seorang saudara atau rakan Orang yang Dilindungi yang melawat Orang yang Dilindungi yang, apabila melancong bersendirian, telah dimasukkan ke hospital di luar Malaysia untuk satu tempoh yang melebihi tujuh (7) hari dan tertakluk kepada kelulusan terlebih dahulu oleh Supreme Assist dan hanya apabila ditentukan perlu oleh Supreme Assist atas alasan perubatan dan belas kasihan.
Supreme Assist akan mengatur dan membayar tambang kapal terbang kelas ekonomi satu hala untuk perjalanan pulang sehingga tiga (3) orang kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun) ke Malaysia jika mereka ditinggalkan bersendirian oleh Orang yang Dilindungi akibat kemalangan, sakit atau pemindahan perubatan kecemasan.
Sekiranya berlaku kecemasan atau kemasukan hospital, Supreme Assist akan berjanji untuk memastikan keluarga terdekat Orang yang Dilindungi dimaklumkan.
Supreme Assist akan memberi maklumat tentang pakar perubatan, hospital, klinik, doktor gigi dan klinik pergigian di seluruh negara kepada Orang yang Dilindungi.
Supreme Assist akan mengatur dan membayar perbelanjaan pengangkutan udara dan/atau darat yang perlu dari segi perubatan, rawatan perubatan semasa pengangkutan, komunikasi dan semua caj sampingan biasa yang terlibat semasa
memindahkan Orang yang Dilindungi yang berada dalam Keadaan Perubatan Serius seperti yang ditakrifkan dalam Fasal 1 di atas ke hospital terdekat di Malaysia yang mempunyai rawatan perubatan yang sesuai dan tidak semestinya ke negeri kediaman Orang yang Dilindungi di Malaysia.
Supreme Assist boleh memutuskan sama ada keadaan perubatan Orang yang Dilindungi betul-betul serius untuk membenarkan pemindahan perubatan kecemasan. Supreme Assist juga boleh memutuskan tempat untuk pemindahan sedemikian yang akan dilakukan dengan semua fakta tafsiran dan keadaan yang diketahui oleh Supreme Assist pada masa yang relevan.
Supreme Assist akan mengatur dan membayar perbelanjaan terlibat yang perlu dan tidak dapat dielakkan semasa menghantar Orang yang Dilindungi ke negeri kediamannya di Malaysia berikutan pemindahan perubatan kecemasan untuk rawatan pesakit dalam seterusnya di luar negeri kediaman Orang yang Dilindungi di Malaysia.
Supreme Assist boleh memutuskan cara atau kaedah mana untuk penghantaran balik sedemikian akan dilakukan dengan semua fakta tafsiran dan keadaan yang diketahui oleh Supreme Assist pada masa yang relevan.
Jika keadaan perubatan Orang yang Dilindungi memerlukan kemasukan hospital, Supreme Assist akan membantu Orang yang Dilindungi dengan mengaturkan kebenaran masuk hospital.