Seringkali kita dengar adalah cros Hibah atau Hibah Silang hingga kita lupa ada ibu atau bapa yg tiada pasangan untuk melakukan Hibah Silang.
Ibu Tunggal menjadi Ketua Keluarga atau ‘Bread Winner’ dalam keluarga , menguruskan keluarga dan anak-anak tidak semudah pasangan suami isteri yang lain kerana mereka bertanggungjawab dalam banyak perkara.
Bermula dari seawal pagi menguruskan persiapan anak-anak ke sekolah, makan minum mereka, belanja persekolahan, wang tabungan pengajian dan menjadi tempat anak-anak bermanja dan menjadi tempat aduan pelbagai perkara. Mudah bicara segala tugas seorang Ayah dahulunya kini segalanya terletak di bahu seorang insan iaitu IBU TUNGGAL.
Dalam keadaan sihat IBU TUNGGAL ini menggalas tanggungjawab dua insan, apa akan berlaku kepada anak-anak ini jika IBU TUNGGAL ini dijemput Illahi. Kematian seorang Ibu Tunggal akan membuat si anak tiada tempat mengadu dan hilang tempat bergantung.
Masih boleh bersyukur jika ahli keluarga IBU TUNGGAL ini yang sanggup menjaga anak-anaknya, tetapi adakah sanggup dibebankan keluarga angkat dengan belanja dan wang persekolahan anak-anak ini nanti. Keluarga Angkat juga ada anak sendiri yang perlu diberi belanja dan diutamakan persekolahan .
IBU TUNGGAL boleh elakkan perkara ini dengan membuat HIBAH TAKAFUL dan meletakkan nama anak sebagai Penerima Hibah dan menyediakan akaun Amanah . Dengan cara ini IBU TUNGGAL dapat memastikan si anak tidak perlu bergantung wang perbelanjaan dari keluarga angkat mereka, dan secara langsung IBU TUNGGAL tidak membebankan keluarga angkat nanti dengan perbelanjaan anak-anak dia sendiri.
Berikut 3 Situasi IBU TUNGGAL