Insurans atau asurans dalam konteks perundangan dan ekonomi adalah bentuk pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan. Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi penjagaan dan difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk mengelakkan satu kerugian yang besar, kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan (kemusnahan).
Ciri-ciri Takaful:
- Perkongsian risiko – risiko tidak hanya ditanggung oleh syarikat insurans sepertimana insurans konvensional, tetapi turut ditanggung oleh semua pihak dibawah Takaful tersebut.
- Polisi ‘no claim cashback’ – jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan tersebut, anda akan terima rebat tunai dari syarikat Takaful anda. Jumlah rebat tersebut ditentukan oleh syarikat Takaful dan tiada jumlah tetap.
- Patuh Shariah – perlu mematuhi undang-undang Shariah dan tidak terlibat dalam sebarang transaksi haram.