Semua orang mengidamkan masa depan yang sempurna โ keluarga bahagia, kerjaya dan status kewangan yang stabil dan kesihatan yang baik. Malangnya, bukan semuanya indah. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 16,235 mangsa yang merangkumi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh penyakit jantung, menjadikannya penyebab kematian nombor satu di Malaysia.
Dalam laporan berasingan yang dikeluarkan pada Januari 2020, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kes baharu kanser dalam tempoh dari 2012 hingga 2016, iaitu 115,238 berbanding 103,507 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada tahun 2007 hingga 2011. Angka ini benar-benar membimbangkan. Menghidapi penyakit kritikal bukan sahaja memberi kesan kepada anda secara fizikal dan emosi, tetapi juga mengancam kestabilan kewangan anda. Penyakit Kritikal juga tidak bermakna penyakit serius sahaja seperti serangan jantung atau kanser. Ianya juga boleh disebabkan oleh kemalangan seperti trauma kepala major, koma, hilang penglihatan atau pendengaran dan banyak lagi. Dengan peningkatan kos rawatan, penghospitalan dan ubat-ubatan, anda tentu tidak mahu berada dalam situasi itu, yang pastinya akan membuatkan hidup anda berantakan.
Tambahan pula, dengan keadaan semasa yang dilanda COVID-19, ianya bukan lagi suatu wabak, tetapi endemik yang mana kesannya akan kekal bersama kita selamanya. Tidak ada yang selamat, bahkan mereka yang telah mendapatkan vaksinasi juga masih berpotensi dijangkiti dengan virus membawa maut itu. Ramai bekas pesakit COVID-19 mendakwa bahawa virus itu menyerang paru-paru mereka dengan teruk dan walaupun setelah lama mereka pulih, mereka masih mengalami kesukaran bernafas. Siapa tahu, mungkin kesan sampingan COVID-19 yang berpanjangan ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih teruk seperti penyakit kritikal dalam jangka masa panjang?
Namun begitu, kita tidak boleh menentang takdir Tuhan. Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda didiagnos dengan salah satu penyakit kritikal? Dari mana wang itu akan datang? Anda boleh menggunakan wang simpanan anda, kad kredit, atau meminjam dari seseorang. Tetapi adakah itu mencukupi? Di sinilah pelan perlindungan penyakit kritikal dapat membantu, dengan syarat anda menyertai pelan tersebut ketika anda sihat. Mengapa? Kerana jika anda jatuh sakit, pilihan anda menjadi lebih terhad.
Perlindungan penyakit kritikal memberikan anda satu pembayaran sekali gus, jika anda didiagnos dengan salah satu penyakit kritikal yang dilindungi dalam pelan anda. Tidak seperti pelan perlindungan kesihatan, perlindungan penyakit kritikal tidak dibuat semata-mata untuk membayar kos rawatan di hospital atau perubatan anda, tetapi untuk menyediakan sejumlah wang bagi mengurus perbelanjaan segera; yang bermaksud anda bebas menggunakan wang tersebut sepertimana yang anda mahukan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan manfaat yang diterima untuk membayar kos rawatan susulan atau peralatan perubatan anda yang tidak dilindungi di bawah pelan perlindungan perubatan jika anda memilikinya. Anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk rawatan penjagaan kejururawatan di rumah, mendapatkan rawatan alternatif atau membayar pembiayaan untuk kelangsungan hidup keluarga anda; mana-mana yang dapat membantu anda memberi tumpuan kepada pemulihan anda.
Sejauh manakah pelan perlindungan penyakit kritikal ini mampu untuk melindungi diri saya daripada kejadian malang ini?
Peraturan asas untuk memastikan jumlah perlindungan penyakit kritikal yang mencukupi adalah 3x daripada gaji tahunan anda. Mengapa 3 kali? Sekiranya didiagnos dengan penyakit kritikal, anda memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk menyesuaikan gaya hidup anda sehingga anda pulih.
Perlindungan penyakit kritikal berbeza mengikut pelan yang anda pilih. Pengendali Takaful menawarkan pelbagai perlindungan yang berbeza-beza, berdasarkan bilangan, jenis dan/atau tahap penyakit kritikal yang dilindungi sama ada awal, pertengahan atau utama. Pelan perlindungan penyakit kritikal yang paling berpatutan adalah pelan yang menyediakan perlindungan untukย sepuluh penyakit kritikal yang paling biasa, iaitu serangan jantung, kanser, kegagalan buah pinggang, strok, penyakit arteri koronari, kegagalan hati, penyakit paru-paru, pembedahan injap jantung, ย angioplasti dan rawatan invasif lain. Pelan ini sangat bagus sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah, kerana ia hanya merangkumi 10 penyakit kritikal utama yang menjadikannya lebih berpatutan untuk disertai.
Manakala pelan perlindungan penyakit kritikal yang paling komprehensif pula merangkumi 56 penyakit kritikal termasuk 11 penyakit kritikal kanak-kanak yang melindungi anda dan keluarga dengan lebih luas dan menawarkan pelbagai manfaat seperti buta, koma, pekak, kehilangan pertuturan, penyakit Parkinson, Ensefalitis, Penyakit Lembu Gila, poliomielitis dan banyak lagi. Pelan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif juga merangkumi perlindungan penyakit kritikal kanak-kanak, yang biasanya terdiri daripada asma, diabetes jenis 1, Kawasaki, epilepsi, kolangitis dan obesiti morbid remaja. Carilah pelan Takaful yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal komprehensif untuk orang dewasa dan kanak-kanak dalam satu pelan. Walaupun ini bererti harganya sedikit tinggi, kebanyakan pelan perlindungan penyakit kritikal ditawarkan sebagai rider, yang mana anda boleh tambahkan pada pelan Takaful asas anda di kemudian hari apabila bajet anda mengizinkan.
Sepertimana semua jenis pelan perlindungan Takaful sedia ada, kadar caruman perlindungan penyakit kritikal bergantung kepada syarat Sijil, selain daripada tahap kesihatan, sejarah keluarga dan usia anda. Anda juga seringkali akan diminta untuk melengkapkan soal selidik kesihatan mengenai sejarah kesihatan semasa dan masa lalu anda, serta sejarah keluarga atau menjalani pengunderaitan perubatan sebelum permohonan anda diluluskan. Selain daripada itu, jumlah Jumlah Perlindungan juga akan mempengaruhi kadar caruman. Secara amnya, semakin lanjut usia anda ketika memohon pelan perlindungan penyakit kritikal, semakin mahal carumannya.
Tujuan utama pelan perlindungan penyakit kritikal adalah untuk memberi pampasan kepada anda dan keluarga apabila didiagnos dengan penyakit kritikal, tanpa mengira kos rawatan di hospital. Pelan perlindungan penyakit kritikal tidak seperti pelan perlindungan kesihatan biasa. Ia diselaraskan untuk membantu anda membayar apa sahaja yang anda pilih, agar dapat membantu proses pemulihan dan penyesuaian hidup anda sekiranya penyakit yang mengancam nyawa menyerang anda. Tidak mudah untuk membayangkan jika didiagnosis dengan penyakit kritikal, tetapi ia adalah realiti bagi kebanyakan kita rakyat Malaysia pada suatu ketika dalam kehidupan kita. Pelan perlindungan penyakit kritikal adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan dan beban kewangan yang dialami oleh anda dan orang tersayang dan memastikan anda lebih bersedia untuk memenuhi keperluan kehidupan.
Sekiranya anda masih lagi tidak menyertai pelan perlindungan penyakit kritikal dan ingin melindungi diri anda dan yang tersayang, lawati pelbagaiย pelan Takaful penyakit kritikalย yang kami tawarkan yang sesuai dengan anda.